Cara Renew Lesen L dan Lesen P Melalui Pejabat JPJ

Kalau nak cuba untuk renew lesen L atau lesen P secara online, maka tak akan berjaya. Sebab portal dalam talian hanya boleh digunakan untuk memperbaharui CDL. Selain daripada CDL, anda perlu datang ke pejabat/cawangan JPJ untuk renew lesen LDL dan PDL.

Daripada beberapa cerita yang tersebar di internet tentang cara memperbaharui lesen L dan P, kita menemui beberapa maklumat yang berguna. Dan di sini, kita akan berkongsi dengan anda.

Bagaimana Cara Renew Lesen LDL?

Renew Lesen LDL
Renew Lesen LDL

Pertama, memperbaharui lesen belajar memandu (LDL) boleh dilakukan di mana-mana pejabat/cawangan JPJ, UTC, 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB). Berikut ialah beberapa syarat untuk pembaharuan lesen L yang mesti anda penuhi:

  • Tempoh lesen LDL tidak melebihi 2 tahun
  • Kenderaan dan pemandu tidak disenaraihitamkan

Next, berikut adalah beberapa dokumen yang anda mesti sediakan:

  • MyKad atau Pasport atau salinan MyKad/Pasport jika anda akan diwakili
  • Wakil memerlukan pengenalan diri dan dokumen pengenalan diri
  • Lesen memandu original atau salinan
  • Foto berwarna (latar belakang putih) bersaiz 25mm x 32mm
  • Pasport yang sah untuk warga asing
  • Harga renew lesen L; RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan untuk kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 bujang RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) untuk kelas D & ke atas.

Soalan yang ramai ditanya:

Bolehkah kita memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh lebih 2 tahun supaya kita boleh menduduki ujian praktikal?

Yup, LDL boleh diperbaharui untuk tempoh 3 atau 6 bulan tetapi tidak boleh melebihi agregat 2 tahun dari tarikh dikeluarkan. Otherwise, anda mesti mengulangi semua latihan dan ujian untuk mendapatkan lesen L.

Cara Renew Lesen P dan tukar ke CDL

Renew Lesen P
Renew Lesen P

Perbaharui lesen P adalah sama seperti memperbaharui lesen L, yang mana anda perlu datang ke pejabat JPJ dan membawa semua dokumen yang diperlukan.

Baca Juga:  3 Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MyEg dan Mysikap

Permohonan untuk menukar PDL kepada CDL hanya boleh dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh, dan hanya layak untuk tempoh satu tahun. Sila ambil perhatian bahawa pembaharuan lesen P tidak lagi boleh berada di pos pejabat, dan anda mesti buat dekat JPJ.

Anda juga perlu membawa IC bersama lesen lama untuk menukar PDL kepada CDL. Sekarang ni, tarikh luput lesen memandu akan mengikut kepada tarikh lahir anda. Anda mungkin diminta untuk memberikan picture pasport saiz. But dont worry sebab anda boleh ambil gambar tu dekat pejabat.

Akhirnya, kalau tak nak tunggu lama-lama, pergi lebih awal. jangan lupa bawa duit kalau-kalau anda terpaksa membayar untuk sesuatu yang tidak dijangka. Untuk renew lesen memandu online, anda boleh cuba layari portal JPJ.

Sumber:

https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/pembaharuan-lesen-belajar-memandu-ldl-

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/lesen-kenderaan

Bagikan Postingan:

Leave a Comment