3 Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MyEg dan Mysikap

Terlalu sibuk dan tiada masa untuk renew lesen memandu? Be careful, sebab anda boleh terkena saman sebab lesen memandu dah tamat tempoh. Mesti ke semak tarikh luput dahulu sebelum perbaharui lesen memandu? Ya, tetapi anda juga boleh menyemak dan memperbaharuinya pada masa yang sama, jadi jangan risau yah guys.

Kami akan berkongsi dua portal yang boleh anda guna untuk renew lesen memandu. Mengenai harga lesen memandu, anda hanya perlu membayar jumlah yang dinyatakan dalam portal dengan mana-mana kaedah pembayaran yang anda suka nanti.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah memperkenalkan dua portal untuk merenew lesen secara online. Terpulang kepada anda, sama ada anda lebih suka menggunakan portal MyEg atau MySikap. Kedua-duanya mudah diakses.

1. Cara renew lesen memandu melalui portal Mysikap

Ikuti langkah-langkah ini untuk menyemak dan memperbaharui lesen memandu anda:

  1. taip public.jpj.gov.my dekat Google, atau layari: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  2. daftar dahulu dan sahkan dengan e-mel
  3. log in dengan kata laluan sementara
  4. kalau dah log in, ubah kata laluan sementara dengan password baharu, dan isikan soalan dan jawapan keselamatan
  5. log in semula dengan kata laluan baharu
  6. pergi ke tab “lesen memandu” dan scrool ke bawah sedikit, klik “pembaruan lesen memandu”memperbaharui lesen memandu online
  7. pilih jenis lesen CDL dan “tempoh”, dan “Cari”renew lesen memandu via mysikap
  8. anda berjaya menyemak lesen memandu, selepas itu anda boleh klik “bayar”
  9. anda juga akan melihat jumlah yang perlu dibayar dan kaedah pembayaran

2. Cara memperbaharui lesen memandu di portal Myeg

Sama seperti sebelumnya, ikuti langkah berikut:

  1. layari myeg.com.my
  2. daftar dahulu, dapatkan kod dalam email, aktifkan akaunrenew lesen memandu online
  3. log in dengan nama pengguna dan kata laluan
  4. klik jabatan pengangkutan jalan (JPJ)
  5. klik pembaharui lesen memandu (CDL)renew lesen memandu via Myeg
  6. isi semua maklumat pengguna dan tempoh pembaharuan
  7. tekan teruskan jika selesai
  8. pilih kaedah pembayaran untuk membayar
Baca Juga:  Cara Renew Lesen L dan Lesen P Melalui Pejabat JPJ

3. Memperbaharui lesen CDL melalui portal Lesen2u

perbaharui lesen memandu
Perbaharui lesen memandu via Lesen2u

Lesen2u hanya boleh memperbaharui lesen memandu yang mempunyai status CDL. Bagi pemegang lesen PDL dan LDL, lesen anda hanya boleh diperbaharui di kaunter JPJ.

Jika lesen memandu CDL anda telah tamat tempoh, isikan butiran anda pada Borang Permohonan dan permohonan anda akan diproses dalam masa 24 jam dan lesen akan dihantar ke alamat anda dalam masa 5-6 hari bekerja.

4. Renew Lesen LDL dan PDL

Kalau nak try untuk perbaharui lesen L dan lesen P, anda boleh datang terus ke pejabat JPJ. Lepas tu, anda pun kenna siapkan documents dan syarat.

sumber: https://www.youtube.com/ watch?v=AnMcCM_eVt4

Bagikan Postingan:

Leave a Comment