Lesen Memandu Dah Tamat Tempoh, Boleh Buat Rayuan?

Bagaimana cara memperbaharui lesen memandu yang dah tamat tempoh? Soalan ini ditanya oleh ramai warganegara Malaysia yang memegang lesen memandu tamat tempoh, sama ada PDL, CDL, atau GDL.

Pertama sekali, anda mesti semak tarikh luput lesen memandu untuk memastikan tempoh tamat lesen tu, dah expired lebih 1 tahun ke 3 tahun.

Secara umumnya, terdapat tiga cara untuk memohon rayuan lesen memandu yang telah tamat tempoh. iaitu dalam talian (via online), melalui surat, atau datang sendiri di Pejabat/cawangan JPJ Negeri.

rayuan lesen tamat tempoh dkt JPJ
Rayuan lesen tamat tempoh dkt JPJ

Namun, tidak semua lesen memandu boleh diselesaikan dengan cara ini. Hanya lesen dengan tempoh tamat tertentu, seperti:

  • Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi 1 tahun
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) selama lebih daripada 3 tahun
  • Lesen Memandu Vokasional (GDL/PSV/CON) melebihi 3 tahun

Cara Memohon Rayuan Lesen Memandu dah Tamat Tempoh

Langkah-langkah untuk merayu lesen memandu yang telah tamat tempoh:

1. Rayuan lesen melalui kaedah manual

Permohonan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu yang dah tamat tempoh boleh dibuat dekat Kaunter/Cawangan JPJ Negeri dan Bahagian Pelesenan Memandu, Ibu Pejabat JPJ Malaysia.

  • Pertama, sila sediakan dan serahkan salinan Kad Pengenalan (IC) atau Pasport (jika anda warga asing), dan juga lesen memandu yang memenuhi keperluan
  • Selepas mengemukakan permohonan, sila tunggu selama 14 hari dan semak permohonan anda melalui mana-mana cawangan JPJ atau anda boleh mencetaknya secara online

2. Rayuan lesen memandu tamat tempoh online

renew lesen tamat tempah via online
Merayu lesen tamat tempah via online JPJ

Jika anda tidak mahu datang ke pejabat, anda boleh memohon rayuan lesen tamat tempoh secara online.

Baca Juga:  3 Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MyEg dan Mysikap

Untuk makluman, Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menolak rayuan tersebut.

Jika rayuan anda berjaya, maka anda dikecualikan daripada mengambil ujian bahagian 1, tetapi anda perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III. Sebaliknya, jika permohonan anda ditolak, maka anda mesti memohon lesen memandu dari awal.

Bagikan Postingan:

Leave a Comment