Sebagai pemandu, anda mesti sedar bahawa mengemukakan lesen memandu yang telah tamat tempoh adalah salah satu pelanggaran dan boleh disaman oleh JPJ atau Polis Malaysia. Sebab itu anda perlu menyemak tarikh tamat tempoh lesen memandu dan memperbaharuinya secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Semakan dan pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan secara dalam talian melalui beberapa portal, seperti portal JPJ, Mysikap, Lessen2u, Myeg, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, anda mungkin hanya perlu menggunakan JPJ jika hanya untuk menyemak expiry date lesen memandu.
Cara semak lesen memandu online melalui portal JPJ
Laman web JPJ mempunyai semua kemudahan yang anda perlukan berkaitan dengan pemeriksaan lesen, saman, dll. Berikut ialah cara anda menyemak tarikh luput dan jenis lesen yang anda pegang:
- taip JPJ di google atau boleh layari: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen
- pilih Kategori ID berdasarkan kad pengenalan anda. Jika anda pemegang MyKad, maka pilih ORANG AWAM MALAYSIA
- masukkan Nombor Mykad beserta kod keselamatan
- klik Semak
akhir sekali, anda boleh melihat jenis lesen anda dan tarikh luput
Kesimpulannya, semakan lesen melalui portal JPJ amat mudah. Sila ambil perhatian bahawa, anda juga perlu memperbaharui lesen memandu kemudian. Semoga maklumat ini membantu anda dan jumpa lagi di artikel seterusnya.